Want your
own Fotopage?








 
norizan's FotoPage
</B
By: norizan ibrahim

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Friday, 28-Mar-2008 05:46 Email | Share | | Bookmark
dh kembali...

anak ddy
naufal lagak bergaya
jalan2 makan angin
Dah lama x update fp ni. Tak sempat laaa..

Tahun ni dh masuk 29 tahun usia ku. Tak pernah aku bayangkan akan memiliki seorang suami yang baik, memahami dan boleh dibwa berbincang serta 2 org hero yang aktif. Syukur dengan apa aku miliki.

Asraf masih aktif ngan kelab moto nya. Lps operate bulan Jan hari tu, Asraf nampak sihat. Tak penah lg alami heartbeat x normal spt sblm ni. Harap, jantung asraf x ada masalah lagi.

Naufal dh 2 thn 6 bulan. Terlalu aktif. Tahun ni aku masukkan dia ke Taska Ayu Manja bersebelahan dengan ofis aku. Byk perubahan yang dpt aku lihat tapi.. dia tetap aktif seperti biasa.

Najmeel pula dh nak masuk 1 tahun. Najmeel sihat dan aktif. Najmeel jiran jaga, kak ros. Alhamdulillah, kak ros jaga najmeel mcm anak sendiri. Tq kak ros. Naufal pun kl x sihat aku x hantar taska tp tumpang kat umah kak ros sampai dia sihat.

Syukur, Alhamdulillah... aku berjaya bfeed najmeel smp ke hari ini. Aku amat berharap dapat menyusukan najmeel smp umurnya 2 tahun.

Semoga anak2 ku menjadi anak yg taat dan soleh.

Care to comment?


Tuesday, 9-Oct-2007 08:00 Email | Share | | Bookmark
SeLamaT HaRi RaYa aIDiLFitRi

Ijan nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kat semua.

Mohon ampun & maaf buat semua atas segala kesalahan yang tidak disengajakan atau sengaja dari pertuturan, penglihatan dan pendengaran serta perbuatan yang mungkin ada menyinggung perasaan kalian.

Berhati-hati ketika dalam perjalanan balik kg. Jadilah pemandu yang berhemah. Sesapa yang tak balik kg, jemputla beraya kat umah ijan di Pulau Meranti, Puchong. Ijan beraya di sini sampai raya ke 4. Tahun ni turn asraf keja bertugas so kami beraya di sini.

Sedih gak bila dgr lagu raya dan dgr kekwn dok crita pasal nak balik kampung tapi takpa.. disisi suami itu adalah lebih mulia. (pujuk hati sendiri... hehehe..)

Sekian.




Care to comment?


Tuesday, 9-Oct-2007 02:40 Email | Share | | Bookmark
... adk dh merangkak ... abg berwajah baru ...

Dah lama najmeel dok 'gostan' dan pusing2x. Tu pun jauh pegi nya.. slalu kaki tersangkut bawah sofa. akhirnya belum genap 6 bulan (6/10/07) najmeel dh boleh ke depan. Lagi jauh najmeel merayau. semua benda nak di capainya. Seronok tgk..

Dh 2 tahun usia rambut naufal. Kl jalan semua org kata dia girl. Dh la muka lembut. Kesian naufal. skrg, naufal dh berwajah baru. nmapak lg tembam tp yg penting nmpak hensem la ckit. Cdg nak bawa p kdai tp takut lak naufal tak mau dok diam so ddy potong sendiri. Tak sangka naufal diam je... Dah hensem anak mmy!!



Care to comment?


Wednesday, 19-Sep-2007 01:04 Email | Share | | Bookmark
Naufal Afiff - 2 thn

11 Sept 2007 genap umur naufal 2 tahun. Naufal dh banyak berckp, bertanya... tapi ayat lintang-pukang. Berat Naufal skrg 13.8 kg. Nak 'yak' pun dh pandai bgtau. Nak kencing blm pandai.

9 Sept 2007 lepas ijan buat besday naufal. Thn lps teringin sgt nk oder kek no 1 tuh tp hajat x kesampaian so thn ni tertunai gak hajat. Mmy nya yg excited semcm!! kekeke... Menu biasa saja... just bihun sup, puding, kek ngan buah-buahan. Tetamu pun ijan jemput jiran2 sj. maaf kekwn.. Ijan buat kecik-kecik je. Saja nak tgk anak hepi sambut besday.

Tak bestnya najmeel x sihat masa tu. Demam, sesema n batuk. Asyik muntah je. Demam sbb injek 5 bulan. Puding2 tu pun adik2 yang buat. Ijan x menang tangan nak handle najmeel.

next time ijan upload pic.

Care to comment?


Tuesday, 18-Sep-2007 03:33 Email | Share | | Bookmark
Percutian ke Sabah dan Labuan

asraf cek in dlu
dh nak naik plane
naufal asyik merenung kuar... seronok dpt tgk plane live
View all 34 photos...
18 Ogos 2007

Kul 5 pagi teksi dtg amik kami.. hantar ke LCCT. Smp sana kami check in luggage then p solat dlu. Kul 6.50 pg kami 'terbang'. Lebih kurang kul 10 kami sampai. Ini kali kedua ijan ke Sabah.

Sementara tunggu rombongan mak n abg akob kami pergi umah ima... kwn lama, x-opismate. kat umah ima kami mandikan najmeel n naufal, solat dan makan (dh di jamu makan je laaa..).

Kul 3 Rombongan kedua (mak, kak faridah sekuarga dan abg fahmi sekuarga) sampai kami pun ke airport semula. Kami terus carik hotel. Dpt rumah tumpangan je. hotel penuh... almaklumla, cuti sekolah. Abg akob lak x sempat nak book sebab dia kena kursus. seksa gak dok situ sbb dpt bilik kat tingkat 4. kesian mentua kena panjat tangga. kesian gak kat ijan sbb penat dukung anak panjat tangga. Kesian semua org laaaaa.. act, Cdg nak stay kat kem tp abg akob x smp lg.

kul 8 p amik abg akob kat airport tp dia smp kul 10. masing-masing dh penat menunggu, lapo lak tuh. Pastu p makan.

19 Ogos 2007

disebbkan penat dok panjat tangga so Mlm ni tdo kem lak. Seksa gak. huhuhu... serba x lengkap. Lampu kejap hidup, kejap mati. Katil, tilam, selimut takdak. Tak tau mana nk letak anak. Harap x kena pepijat. Letih sesgt... anak2 ijan tido lena. kesian tgk depa.. Ijan ckp ngan asraf.. 'mlm esok carik hotel smp jumpa. Tak sanggup tgk anak tido sini'.

Kami p melawat ke Muzium Pahlawan. Jalan-jalan, amik gambar... tgk tarian.

20 Ogos 2007

Pepagi kami kuar p pelabuhan. Kami nk ke Labuan. Hotel dh book. kul 8.30 bertolak. Semua org mabuk. Yg ok cuma awie (adk bongsu asraf), mak dan ijan. Najmeel tdo nyenyak di sisi ddy dia. Ddy pun skali la. Naufal pulak aktif berlari ke sana sini. Penat dok kontrol dia. 3 jam sampai sana. Kami carik hotel dpt 3 bilik kat ambassador hotel. Abg fahmi ngan kuarga dok hotel lain. terpaksa bpisah tp alhamdulillah dekat je. Keta sewa semua abis. so, kami sewa teksi kl nak jalan2. Sejam rm40. Fuhhh.. lps diskas depa setuju gak sewa... just nak ke Bird Park dan Chimney. Lepas balik dan shopping kat area hotel je. Ijan just beli coklat, hiasan umah dan sedikit buah tgn kat Ujana Kewangan. Dah 2 kali ke Labuan so dh tau jugak tmpt shopping.

21 Ogos 2007

Balik dari Labuan kami singgah Pasar Filipina. Tak x shopping sgt sbb Najmeel meragam. IJan beli brooch utk adik-beradik then gelang kat mak. t-shirt utk kenangan dan sedikit hiasan. Then kami nak p Poring, Hot Spring kat Ranau. Jauh sesgt, lbh kurang 3 jam lebih perjalanan ke sana. On d way tuh, tayar van pancit. Adusssss... sejam jugak nunggu org nak tolong. Bila smp Ranau kami carik hotel. Jenuh jugak mencari, akhirnya kami stay kat sony's villege.

22 Ogos 2007

kul 8 pagi kami ke kolam air panas tuh. on d way p kami singgah beli sarapan. Sesampai je Kami terus mengadap sarapan tuh. Lapo gilesssss... naufal lak terus mandi. suka betul naufal dpt main air. Ijan pun x lepaskan peluang mandi. Najmeel dan ddy nya pun mandi jugak. best nyaa.. berbaloi rsanya jalan jauh2. Kul 11 kami bertolak balik.

On d way tu singgah Kinabalu Park. Bestnyaaa... Just bergambar n jalan-jalan. asraf beli cap sbg kenangan. then terus ke hotel. Lps makan, rehat kami check out n terus ke airport.6.50 kami 'terbang'. smp LCCT lbh kurang kul 10 mlm dan kol abg shaari teksi (jiran) minta amik kami. Pastu p solat then terus balik umah.

Itulah kisahnya percutian kami. Ada yg best, ada yg kurang best. Tahun depan x tau la nk p

mana pulak. Tapi harap everything under arragement.

Care to comment?


Friday, 17-Aug-2007 02:36 Email | Share | | Bookmark
Konvoi p Cherating

berkumpul kat taman melati
tunggu geng pahang
3 org akak yg join skali p cherating
View all 9 photos...
11 Ogos 2007 ijan ikut asraf p konvoi ke Cherating. Ini kali pertama join asraf. selalunya dia dok p orang sj. Najmeel bagi pengasuh jaga, naufal pulak pengasuh lama ambik. Kami kuar rumah anta anak2 kul 6.50 pagi. Kul 7.20 pagi kami bertolak ke Shell Taman Melati, Gombak. Kat sana kami berkumpul. Semua org pergi 7 motor. 4 bawa wife masing-masing. Ada sorang kakak tu ckp kat ijan, 'kami ingat asraf tu bujang'. hukhukhuk.. tidakkkkk!! ini yang seram ni.

Kami bergerak kul 8.15 pagi. Best jugak skali skala join. Ijan x dpt la join slalu sbb kesian anak-anak. Kul 935 rehat kat R&R Temerloh. Sampai sana ijan terus tuju kat tmpt makan. IJan bantai nasi lemak sebungkus then abiskan nasi lemak asraf. lapaq sunggoh la.. Then kami gerak.

Kul 11 pagi 4 biji moto rider pahang join kami. so semua skali 11 biji moto. Smp sg ular, pahang. Ada rider stop sbb minyak abis. Yg lain terus gerak slow2. Tetiba, rider blkg kami terlanggar rider lain sbb dok pusing tgk blkg. rider group kami jugak la. sorang luka kaki saja, sorang lg luka bwh bibir dan kaki. Teruk juga. moto lak satu ok, satu lg mmg x leh gerak. Kami kol ambulan dan lori untuk angkat moto p bengkel. 1 jam 30 min gak dok situ.

Pastu gerak skit, singgah minum. Ijan n asraf minta diri balik KL. Smp Gambang singgah umah kakak sat. Pam susu la apa lg!! hehhe.. kul 430 ptg kami btolak balik KL. Smp kl kul 7.00 ptg. Terus p amik najmeel. Naufal lak ikut pengasuh p ziarah sedara meninggal dan tdo sana. apa nk buat? takkan nak suruh balik gak??

ermmm.. best jugak dpt join asraf tp x tenang gak sbb dok pk pasal anak2. tapi kl x ikut, risau lak hubby di tackle aweks lain. hukhukhuk.. susah tul la.

Balik tuh nasib baik x sakit bdn. Asraf ckp, 'kl x sakit bdn, lenkali leh ikut lg'. Haiiii.. x tau lg laaa.. anak-anak ku...

Care to comment?


Friday, 10-Aug-2007 00:35 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan di PD

asyik tul ddy tgk moto
tgk apa tuh?
panasnya.. berehat sat
View all 15 photos...
Pada 4 Ogos 2007, kami sekuarga pegi makan angin ke PD. Saja nk release penat keja opis n
keja kat umah.

Bertolak kul 9.30 pg dan kul 11.15 pg kami smp sana. Kami p tgk International Ride Fest. Asraf x join tp dua, tiga org kwn dia join gak. Naufal excited tgk moto2 berkuasa tinggi. Lama gak dok situ. Nasib baik najmeel x kacau. Sabar je dia...

Then kami p beli makanan dan makan kat Pantai Teluk Kemang. Lps makan, asraf n naufal manda mandi but ijan n najmeel lepak sj sambil tgk depa mandi. Bestnyaaa.. Rugi x dpt mandi!! Huhukhuk...

Lps mandi p shopping baju naufal & najmeel kat teluk kemang. Pastu jalan-jalan carik makan. Then kul 4.30 ptg kami bertolak balik. Letihnyaaa.. but tq ddy bw mmy, naufal & najmeel jalan-jalan. cayang ddy!!


Care to comment?


Friday, 10-Aug-2007 00:13 Email | Share | | Bookmark
Najmeel 4 bulan

 
baru bangun tdo dh bergambar
 
Hr ni najmeel genap 4 bulan. Pagi td najmeel bangun awal. Lps menyusu ijan baringkan dia depan tv. Biarkan dia tgk MHI. Utz. Zahazan dok bercerita pasal Israk & Mikraj. Ijan pula kelam kabut dok bersiap. Tetiba ijan tpandang najmeel tgh dok blaja melentangkan bdn nya. Go Go!! akhirnya berjaya! Hehehe.. 3 bulan najmeel boleh meniarap, 4 bulan dh boleh menelentang. Bestnya.. Dh besar anak mmy.


Care to comment?


Thursday, 9-Aug-2007 00:53 Email | Share | | Bookmark
... sambungan fully breastfeeding

susu dlm bekas puding
susu dlm plastik aiskrim mesia. dh full freezer nihh..
Hr tu nk upload pic x sempat, hr ni baru ada peluang.

Alhamdulillah, ijan masih menyusu najmeel dan harap berterusan hingga umur najmeel 2 thn. Dlu ijan simpan susu dalam bekas puding tp x byk yang boleh dimuatkan dalm peti ais so tukar letak dlm plastik ais krim mesia lak. Boleh muat byk sikit. Dlu ijan pam 3 kali sehari tp disebabkan peti x muat so ijan pam 2 kali sehari je.

Tak lama lg ramadan. risau pula bekalan susu x cukup tp hrp okla.

Care to comment?


Friday, 3-Aug-2007 06:24 Email | Share | | Bookmark

Dh besar naufal afiff
11/8 nti Naufal dh setahun 11 bulan. Skrg dh byk perkataan yang dia tahu. Suka panjat sana-sini. Sejak ketinggian dh meningkat, dia suka capai barang atas kabinet, almari, meja makan.. bila dpt, dicampaknya. Kekdg ilang saba jugak dibuatnya.

Dia dh pandai sayang adik. Dlu selalu tampar adk. Naufal panggil adk alwan atau namil. Dia tak pandai nk sebut 'najmeel'. hehehe..

Naufal suka tgk karton. Kekdg tengah malam bangun minta susu, ajak mmy dia tgk karton. Kl tak bg tgk, menangis. Ijan buka tv then tinggalkan dia kat hall. Tgk tv sorang2. Sampai pagi dia tertido kat luar. Karton yang dia suka 'banana in pyjamas'.

Najmeel pula dh hampir 4 bulan. Masa 3 bulan 4 hari najmeel dh boleh meniarap. Skrg dh boleh pegang botol susu sendiri. Kl di agah, dia ketawa. Suka berbual dlm bahasa yang x difahami. hehehe..

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.